Selangor– Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, redONE Mobile menambah keceriaan kepada pelanggan dengan pelancaran kempen ‘Setulus Hati’ yang akan berlangsung sehingga 20 April 2025. Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah mingguan menarik bernilai RM35,000 untuk sambutan musim perayaan yang lebih istimewa.
Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan termasuk:
- Perabot kayu jati berkualiti tinggi dari Gudang Bos Ijan yang merupakan gudang perabot kayu jati terbesar di Malaysia
- Barangan Kemas dari Habib
- Baucar beli-belah dari Lazada
- Barangan Elektronik dari redMALL
Untuk layak menikmati tawaran ini, pelanggan baharu hanya perlu melanggan mana-mana pelan redONE Postpaid dengan komitment bulanan minima RM48, dan akan secara automatik berpeluang memenangi hadiah eksklusif sepanjang tempoh kempen. Pelanggan sedia ada juga berpeluang menyertai hanya dengan menambah talian tambahan pelan redONE Postpaid minima RM48.
Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile berkata, “redONE Mobile ingin menjadikan sambutan Hari Raya lebih istimewa dengan memberikan ganjaran eksklusif kepada pelanggan. Promosi ini adalah tanda penghargaan atas kepercayaan mereka kerana memilih redONE Mobile sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi mereka. Kami berharap tawaran ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan mereka.”
Pelanggan boleh berkunjung ke kedai redONE Mobile di seluruh Malaysia untuk melanggan pelan redONE Postpaid pilihan mereka.
Untuk info lanjut tentang promosi serta tawaran menarik lain oleh redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile) dan Instagram (@redonemobile.my).