Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Raikan Kecemerlangan Rakan Niaga dengan Hadiah Lebih RM2 Juta di Star Nite 2025

Genting Highlands – redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia, telah menganjurkan acara tahunan Star Nite 2025 di Genting International Convention Centre (GICC) pada 15 Februari 2025. Acara bertemakan ‘Digital’, yang mencerminkan komitmen syarikat untuk maju seiring dengan kepesatan perkembangan landskap digital semasa itu, menyaksikan lebih RM2 juta pemberian berbentuk hadiah dan insentif tunai kepada rakan niaga jualan berprestasi tinggi.

Malam penuh gemilang itu bermula dengan tarian singa yang mengujakan oleh Pasukan Tarian Singa Master Siow Ho Phiew yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam tarian singa bertiang tinggi, dan dihadiri oleh 1200 tetamu istimewa yang terdiri daripada pengurusan kanan redONE Mobile dari Malaysia, Thailand, dan Singapura, bersama dengan rakan niaga jualan dan strategik seluruh negara.

Perayaan tahun ini mengiktiraf pencapaian luar biasa lebih daripada 30 penerima dalam 10 kategori Nationwide dan State untuk Top Premier Sales Advisor, Top Premier Neighbourhood Centre, Top Virtual Premier Shop, Top Premier Shop, Top Agency, dan Best Region dan lain-lain. Secara keseluruhan, hampir RM450,000 dalam insentif tunai dan hadiah cabutan bertuah telah disampaikan. Selain itu, beberapa penerima turut menerima hadiah percutian ke luar negara yang bernilai lebih daripada RM400,000, dan jongkong emas berjumlah RM148,000 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa individu dan pasukan ini.

Acara kemuncak iaitu, Car Bonanza Giveaway, menyaksikan kenderaan bernilai lebih RM300,000 disampaikan kepada para pemenang termasuk sebuah Proton Persona, sebuah Proton S70, Perodua Bezza (x2), dan motosikal Modenas Kriss (x5), manakala hadiah utama – sebuah MG4 EV baharu bernilai RM103,999 untuk kategori Premier Car Bonanza dimenangi oleh rakan niaga redONE Mobile berprestasi cemerlang, Cheng Chuh Long dari Alpha Born Resources.

redONE Mobile juga turut mengadakan ‘Partners’ Convention’ di GICC pada hari yang sama, yang dihadiri oleh rakan niaga dari seluruh negara. Lebih banyak hadiah menarik telah diumumkan, di mana lebih ramai rakan niaga jualan yang cemerlang memenangi hadiah berharga, termasuk motosikal Modenas Kris bernilai keseluruhan RM405,000 dan skuter Benelli Panarea yang bernilai keseluruhan RM352,000, sebagai penghargaan untuk pencapaian luar biasa mereka.

Selain itu, malam itu turut menyaksikan pengumuman inisiatif-inisiatif penjanaan pendapatan baharu: redONE Prepaid 5G ULTRAPlus, pelan prabayar baharu yang dilengkapi dengan ganjaran kesetiaan eksklusif, yang akan dilancarkan tidak lama lagi, dan redSOLAR, kerjasama dengan SureSolar yang menawarkan penyelesaian tenaga cekap. Inisiatif baharu ini dijangka bukan sahaja akan meningkatkan tawaran kepada pelanggan tetapi juga mencipta peluang pendapatan yang berharga untuk rakan niaga redONE Mobile.

Malam berprestij itu juga menandakan pengumuman kerjasama strategik dengan Sedania As Salam Capital dan Masyref Advisory, satu pencapaian penting dalam memperluaskan perkhidmatan kewangan redONE Mobile. Kerjasama ini dibina atas kejayaan redCASH, perniagaan pinjaman wang dalam talian syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2019, yang sejak itu telah mengagihkan lebih daripada RM30 juta dalam pinjaman bagi memperkasakan rakan niaga redONE Mobile.

Pada akhir 2023, redCASH mula menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan redONE Mobile dengan penyelesaian pembiayaan mikro digital sepenuhnya, dengan pinjaman sehingga RM10,000. Sejak itu, RM5 juta telah diagihkan, menyokong komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dalam kalangan pelanggan redONE Mobile.

Melalui kerjasama baharu ini, redONE Mobile, Sedania As Salam Capital, dan Masyref Advisory akan bekerjasama untuk memperluaskan tawaran redCASH, memperkenalkan penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah untuk menyediakan pilihan kewangan yang beretika dan mudah diakses untuk semua rakan niaga dan pelanggan redONE Mobile.

Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, berkata, “Malam ini bukan sekadar untuk meraikan pencapaian 2024, tetapi juga untuk mengiktiraf semangat dan tekad rakan niaga redONE Mobile yang sentiasa memberikan yang terbaik. Sambil melihat ke hadapan, kami sangat teruja dengan peluang yang akan diwujudkan melalui inisiatif baru yang telah diumumkan ini. Kami yakin bahawa, dengan usaha berterusan rakan niaga kami, redONE Mobile akan mencapai kejayaan yang lebih besar bersama pada tahun-tahun akan datang.

Pertumbuhan redONE Mobile didorong oleh komitmen rakan niaga, di mana usaha mereka memainkan peranan penting dalam memacu inovasi dan kejayaan, selain faktor-faktor lain yang menyumbang kepada perkembangan syarikat. Dengan inisiatif menarik pada tahun 2025, rakan niaga redONE Mobile akan mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkatkan pendapatan dan menyumbang kepada kejayaan syarikat.

redONE Mobile sedang aktif mencari lebih ramai rakan niaga baru untuk menyertai rangkaian yang berkembang pesat. Mereka yang berminat untuk menyertai syarikat, boleh mendapatkan maklumat lanjut di redONEMobile.com.my atau dengan menghubungi Pengurus Saluran redONE Mobile di pejabat negeri masing-masing.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM