Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Menawarkan RM1 Juta kepada Kotinjen Malaysia yang Membawa Pulang Emas dari Sukan Olimpik Paris 2024

redONE Mobile, Operator Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara yang dikenali dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong pembangunan sukan Malaysia, dengan bangganya mengumumkan tawaran ganjaran untuk atlet Malaysia yang mencapai kejayaan cemerlang melalui kemenangan pingat emas di Sukan Olimpik akan datang di Paris dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Jumlah pembayaran berjumlah RM1 juta, yang akan diagihkan secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun, adalah bagi memastikan sokongan jangka panjang untuk atlet Malaysia. Sekiranya terdapat beberapa pemenang emas, hadiah akan dikongsi sesama mereka. Selain itu, pemenang pingat emas yang ini akan menjadi duta redONE Mobile selama empat (4) tahun sehingga Sukan Olimpik akan datang.

Inisiatif ini adalah bukti komitmen redONE Mobile dalam mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa berusaha dalam memperjuangkan pembangunan sukan di Malaysia, kami melihat sumbangan RM1 juta ini sebagai satu langkah untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada atlet negara yang luar biasa tetapi juga mempamerkan sokongan yang teguh terhadap semangat kesukanan dan kebanggaan negara. Kami percaya sukan dapat menginspirasikan perpaduan dan kami komited untuk memacu atlet negara ke tahap yang lebih tinggi. Matlamat kami bukan sahaja untuk meraikan pencapaian atlet semasa tetapi juga untuk membuka jalan bagi golongan atlet pelapis yang akan datang untuk mencapai potensi mereka. Saya menggesa pertubuhan korporat lain untuk bersama-sama menyokong dan menaikkan semangat atlet kita untuk secara kolektifnya, memberi inspirasi kepada juara generasi baharu dan seterusnya membawa kegemilangan Malaysia ke pentas global,” kata Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile.

redONE Mobile juga telah menyokong sukan Malaysia secara aktif melalui pelbagai inisiatif lain termasuk kerjasama dengan kelab bola sepak Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, dan pada masa ini, PDRM FC dan Imigresen FC. Syarikat juga turut menaja kejohanan sukan seperti KL Fencing, Selangor Skuasy dan Kejohanan Badminton Purple League.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif-inisiatif sukan redONE Mobile dan program akan datang, layari www.redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook @redONE Mobile dan Instagram @redonemobile.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM