Pulau Carey – redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia terus mengukuhkan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui bekerjasama dengan Mah Meri Cultural Village (MMCV) dalam melaksanakan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman pokok bakau di Pulau Carey.
Inisiatif ini bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan integriti ekologi dan kepelbagaian biologi kawasan pantai pulau sambil meningkatkan kesedaran tentang peranan penting ekosistem bakau dalam pemuliharaan alam sekitar serta daya tahan iklim. Sukarelawan telah menjalankan aktiviti hands-on, termasuk menanam anak pokok bakau dan membersihkan pantai, yang penting untuk melindungi garis pantai daripada hakisan, meningkatkan kualiti air, dan berfungsi sebagai penyerap karbon penting untuk memerangi perubahan iklim.
Usaha bersama ini juga meraikan kekayaan warisan budaya suku Mah Meri, salah satu daripada 19 suku kaum asli di Malaysia, yang telah sekian lama berkhidmat sebagai penjaga landskap pantai yang terletak di Pulau Carey. Sukarelawan telah mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan kraftangan tradisional kaum Mah Meri seperti pembuatan origami daun, lastik & sumpitan, tenunan atap serta demonstrasi ukiran kayu, yang mempamerkan kesenian dan ketukangan suku kaum itu. Majlis perkahwinan tradisional Mah Meri menjadi acara kemuncak di mana tetamu diberi peluang untuk merasai dan memahami adat serta tradisi unik suku kaum tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, “Kerjasama kami dengan MMCV menekankan komitmen kami untuk mencipta perubahan yang berkekalan dengan melindungi alam sekitar kami dan menyokong komuniti setempat. Program ini sejajar dengan nilai teras kami iaitu menyokong kelestarian serta menyumbang kepada komuniti di luar sana. Kami berharap dapat meninggalkan legasi serta impak positif untuk generasi akan datang.”
Diana Ross Diaman, wakil MMCV mengulas, “Perkongsian dengan redONE Mobile ini sangat bermakna bagi komuniti kami. Pokok bakau adalah simbol ketahanan, sama seperti masyarakat Mah Meri. Program ini menyokong usaha kami untuk melindungi persekitaran pantai di sini sambal memberi peluang untuk kami berkongsi warisan budaya kami dengan komuniti yang lebih luas. Ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memelihara kedua-dua tanah dan tradisi kami untuk generasi akan datang.”
Usaha penanaman pokok bakau dan pembersihan pantai adalah sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas oleh redONE Mobile untuk penglibatan syarikat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan menggalakkan kemampanan. Syarikat juga telah melaksanakan ‘Eco-Roots Initiative’ di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tahun ini, di mana sukarelawan mempelajari teknik yang tepat untuk menghasilkan anak benih berkualiti melalui penyediaan dan penanaman tanah yang bertujuan menyumbang kepada pemulihan ekosistem semula jadi Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaa inisiatif-inisiatif komuniti redONE Mobile dan program akan datang, layari www.redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook @redONE Mobile dan Instagram @redonemobile.my.