Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Memperkenalkan Pelan Tanpa Had redONE Postpaid FC40, Kerjasama dengan Safee Sali

Percuma Jersi Safee Sali dan Menyumbang kepada Pusat PERMATA Kurnia

Kuala Lumpur – redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara mengumumkan pelancaran pelan terbaharunya, redONE Postpaid FC40 yang bukan sahaja memberikan ganjaran jersi percuma kepada pelanggannya tetapi juga menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.

Pelan redONE Postpaid FC40 ini direalisasikan hasil kerjasama dengan bekas pemain bolasepak tanahair, Safee Sali yang juga merupakan duta redONE Mobile. Pelan ini dipadatkan dengan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian hanya pada RM40 sebulan. Bagi peminat bola sepak dan penyokong setia Safee Sali, ini juga adalah peluang baik untuk mereka mendapatkan jersi keluaran eksklusif yang tertera nombor sepuluh yang pernah suatu ketika dahulu, disarung oleh ikon bolasepak hebat ini, secara percuma dengan setiap pendaftaran.

Menerusi pelan ini, pelanggan juga dapat menikmati capaian internet mahupun panggilan merentasi liputan rangkaian terluas di seluruh Malaysia yang memastikan ketersambungan tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Keistimewaan pelan ini bukan setakat itu sahaja. redONE Mobile juga mengambil langkah penting untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyalurkan 25% daripada jumlah bil bulanan untuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 kepada Pusat Permata Kurnia bagi memberi sokongan dalam menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “redONE Mobile komited dalam usaha untuk mencipta pelan-pelan pascabayar inovatif yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan tetapi juga menawarkan ganjaran istimewa kepada mereka. Kami berbangga dapat berganding bahu dengan Safee Sali untuk suatu kerjasama yang memberi ganjaran jersi eksklusif percuma kepada peminat bola sepak Malaysia dan sambil itu, menyalurkan sebahagian daripada langganan bulanan kepada golongan kanak-kanak yang benar-benar memerlukan. Kami berhasrat untuk menawarkan lebih banyak produk, perkhidmatan dan ganjaran menarik kepada pelanggan redONE Mobile di masa hadapan.”

Safee Sali turut meluahkan penghargaan kepada redONE Mobile, “Saya amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan redONE Mobile yang sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan mampu milik yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat. Inisiatif ini amat bermakna bagi saya kerana buat julung kalinya saya terlibat dalam satu bentuk kerjasama yang mengabungkan perkhidmatan untuk pelanggan di mana mereka bukan sahaja mendapat ganjaran malah turut menyumbang kepada institusi kebajikan. Saya juga gembira dapat turut serta dalam usaha murni menyokong pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Pusat PERMATA Kurnia.”

Pelan redONE Postpaid FC40 boleh dilanggan sendiri secara dalam talian. Mereka yang berminat untuk melanggan, hanya perlu melayari platform-platform berikut dan mengimbas kod QR yang disediakan:

redONE Mobile
Laman web rasmi:
www.redonemobile.com.my.

Media sosial:
Facebook @redONE Mobile
Instagram @redonemobile.my

Safee Sali
Media sosial:
Facebook @SafeeSali10Official
Instagram @supersafee_10

Maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa lain oleh redONE Mobile boleh juga didapati di laman web rasmi yang tertera di atas.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM