Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Memperkenalkan Pelan Postpaid 5G devicePRO Baharu, Kerjasama dengan vivo Malaysia

Umumkan Kolaborasi dengan Warner Bros. Bagi Filem Red One untuk Memberi Ganjaran kepada Pelanggan

Kuala Lumpur – redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara mengumumkan pelancaran pelan pascabayar bundle baharunya yang dikenali sebagai ‘Postpaid 5G devicePRO’. Tawaran inovatif ini menampilkan dua kategori berbeza:

  • ‘SuperJimat’, direka untuk pengguna yang mencari pelan berserta telefon pintar 5G tanpa bayaran pendahuluan peranti atau percuma, dan;
  • ‘PowerGajet’, bagi mereka yang memerlukan telefon pintar 5G berprestasi tinggi dengan spesifikasi unggul pada kos yang rendah, hanya dari RM68 sebulan.

 

Seiring dengan itu, redONE Mobile dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasinya dengan vivo Malaysia sebagai rakan kongsi peranti pilihan bagi menawarkan telefon pintar vivo Y28s 5G percuma dengan setiap langganan pelan devicePRO di bawah kategori ‘SuperJimat’ atau pada harga yang kompetitif melalui kategori ‘PowerGajet’. Dengan pemberian peranti 5G terkini bersama setiap langganan ke pelan baharu tersebut, redONE Mobile menyasarkan untuk menyokong dan meningkatkan keseluruhan pengalaman dan gaya hidup pengguna, membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri utama pelan devicePRO baharu iatu data pantas tanpa had serta akses kepada YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD dan juga data boleh hotspot sehingga 60 GB.

Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, vivo Malaysia, dalam menyatakan sokongannya berkata, “Kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan redONE Mobile bagi pelancaran pelan devicePRO baharu. Produk kami direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui gabungan inovasi dan teknologi terkini bagi memastikan interaksi yang lancar dan menyeronokkan. Kerjasama ini mempamerkan komitmen vivo dalam menyampaikan teknologi dan ketersambungan yang luar biasa kepada pelanggan kami.”

Dalam perkembangan lain, redONE Mobile turut berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan Warner Brothers untuk menjalankan promo eksklusif sempena filem Red One yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 November tahun ini. Kerjasama ini menawarkan pelanggan redONE Mobile peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif edisi terhad dan tiket wayang filem tersebut.

Untuk berpeluang mendapatkan barangan eksklusif ini, pelanggan redONE Mobile baharu boleh melanggan pelan devicePRO68 baharu yang disertakan dengan telefon vivo Y28s 5G percuma, manakala pelanggan redONE Postpaid sedia ada boleh menaik taraf pelan semasa mereka ke pelan devicePRO68 baharu tersebut. Selain itu, pelanggan redONE Prepaid juga berpeluang untuk mendapatkan barangan ini dengan menambah nilai kredit Prepaid 5G mereka dengan jumlah minimum RM30.

Orang ramai turut berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan di platform Facebook (@redONE Mobile) dan Instagram (@redonemobile.my) rasmi redONE Mobile untuk memenangi telefon 5G serta barangan edisi terhad dan tiket wayang Red One.

Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, “Kami teruja untuk memperkenalkan pelan Postpaid 5G devicePRO baharu yang bukan sahaja mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan pelanggan kami dengan pilihan pelan pascabayar yang berbaloi, malah juga peluang untuk memiliki peranti 5G terkini secara percuma atau pada harga yang berpatutan dengan setiap langganan. Selain itu, kerjasama eksklusif kami untuk filem Red One yang dinanti-nantikan, turut menghangatkan lagi promosi dengan mendekatkan pelanggan kami kepada pengalaman sinematik dan membolehkan mereka menikmati ganjaran eksklusif sambil kekal berhubung.”

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan Postpaid 5G devicePRO baharu atau untuk mengetahui cara menyertai promosi bagi mendapatkan barangan edisi terhad dan tiket wayang Red One, layari www.redonemobile.com.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM