Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Memperkenalkan Pelan Pasca Bayar 5G untuk Semua
Dapatkan data sepantas kilat hanya dariRM38

  • Pelan bermula dari RM38 sebulan
  • Penawaran data pantas yang lebih
  • Panggilan, YouTube, Facebook dan Instagram Tanpa Had
  • Rangkaian liputan terluas

Kuala Lumpur – Dalam usahanya untuk menjadikan teknologi 5G boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di ASEAN telah memperkenalkan pelan redONE Postpaid 5G yang memberikan nilai dan ketersambungan yang tiada tandingan kepada pelanggan di seluruh negara, hanya dari RM38 sebulan.

Dengan penawaran data yang banyak, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati akses tanpa had kepada platform media sosial popular iaitu, Youtube, Facebook dan Instagram yang memberi mereka kebebasan untuk berinteraksi secara lebih aktif dengan pengguna lain, serta berkongsi kandungan dan menstrim video dengan lancar tanpa kekangan had data. mereka juga akan mengalami semua ini pada kelajuan yang lebih pantas, mengubah pengalaman penggunaan internet mereka secara keseluruhan.

Dengan data sepantas kilat, redONE Postpaid 5G juga membolehkan pengguna terlibat dalam aktiviti mudah alih selanjutnya yang memerlukan lebih kelajuan seperti permainan video dalam talian, penstriman video, muzik dan filem secara langsung tanpa penimbalan yang mana menjadikannya pilihan yang sesuai untuk semua orang. Golongan profesional yang juga boleh menikmati kecekapan yang dipertingkatkan dengan pelan ini kerana ia menyokong persidangan video yang lebih lancar untuk mereka yang bekerja dari jarak jauh, selain daripada pemindahan fail yang lebih pantas dan akses masa nyata kepada aplikasi berasaskan cloud serta alatan dan aplikasi kerja yang yang lain yang memerlukan lebar jalur intensif.

Selain data sepantas kilat, pelan 5G redONE Postpaid juga menyertakan kemudahan tambahan data hotspot untuk perkongsian dengan keluarga dan rakan atau merentasi lebih daripada satu peranti dan memastikan ketersambungan semasa bila pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Nilai yang diterima pelanggan daripada harga rendah ini melangkaui penjimatan kos. Ia memberi penekanan kepada tujuan utama redONE Mobile iaitu memastikan semua pengguna dapat menikmati faedah daripada sambungan berkelajuan tinggi. Dengan redONE Postpaid 5G, pelanggan boleh mengekalkan ketersambungan, menikmati hiburan dan produktiviti yang dipertingkatkan tanpa perlu membayar lebih, semuanya disebabkan rangsangan berkelajuan tinggi yang disertakan dengan teknologi 5G. redONE Mobile berusaha untuk mengubah cara pelanggannya daripada semua segmen pengguna sama ada untuk penstriman, permainan, penciptaan kandungan, media sosial atau sekadar kekal berhubung, menikmati pengalaman internet mudah alih mereka melalui kelajuan yang dipertingkatkan, tidak kira di mana jua mereka berada.

Kami berbesar hati dapat memperkenalkan pelan postpaid 5G kami yang canggih pada ketika kos sara hidup semakin meningkat. Pelan redONE Postpaid 5G kami bukan sahaja mempunyai keupayaan data berkelajuan tinggi tetapi juga diperkenalkan pada harga yang sangat kompetitif. Walaupun cabaran amat dirasai semua pihak dari segi ekonomi, kami tetap teguh dengan komitmen untuk menawarkan pilihan pelan pascabayar yang mampu milik bagi membolehkan semua pihak menikmati akses untuk kekal berhubung melalui teknologi yang canggih dan ini tidak sepatutnya menjadi suatu beban kewangan kepada semua,” kata Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile.

Alami peningkatan produktiviti dan keseronokan berganda dengan redONE Postpaid 5G hari ini!

Pelanggan boleh mendaftar untuk redONE Pascabayar 5G atau mengetahui lebih lanjut tentang tawaran dan promosi menarik lain di redONEMobile.com.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM