Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE berkolaborasi dengan Safee Sali: Kukuhkan komitmen untuk mempertingkatkan sukan Malaysia melalui dokumentari ‘SEPULUH’

KUALA LUMPUR – redONE Network Sdn Bhd (“redONE”), Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, telah mengumumkan kerjasama dengan ikon bola sepak Malaysia, Safee Sali untuk siri dokumentari menarik bertajuk ‘SEPULUH’ yang bakal memukau penyokong dan peggemar sukan. Dokumentari ini akan memaparkan kisah hidup dan perjalanan beliau sebagai seorang atlit serta impaknya terhadap arena bola sepak tanahair.

Menurut Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE, keputusan untuk berganding bahu menjayakan dokumentari tersebut adalah sejajar dengan komitment syarikat untuk menyokong dan mempromosikan inisiatif pembangunan sukan di Malaysia. Dengan menyokong penghasilan dokumentari itu, redONE berharap kisah Safee dapat mencetus inspirasi dan motivasi kepada generasi pelapis pemain bola sepak dan atlit lain di negara ini.

“redONE berbesar hati dapat berganding bahu dengan Safee Sali dalam dokumentari ini kerana perjalanan beliau bukan sekadar berkisarkan kejayaannya dalam bola sepak, malah ianya membuktikan yang rakyat Malaysia mempunyai semangat yang kental. Kami yakin akan keberkesanan naratif sedemikian dan melalui sokongan ini, kami berhasrat dapat menyumbang dalam meraikan kecemerlangan dan keazaman.”

“Sokongan kewangan adalah amat penting dan akan sentiasa diperlukan oleh pertubuhan dan kelab sukan untuk perbelanjaan kemudahan, peralatan sukan, kakitangan sokongan serta bagi menampung kos acara kejohanan. Secara peribadi, saya sendiri terlibat dalam kelab bola sepak Liga Super dan saya mempunyai pengalaman langsung berdepan dengan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kelab dan atlit. Malangnya, kebanyakan badan korporat tidak berminat untuk melabur dalam sukan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat mereka kerana ia selalunya memerlukan pelaburan yang besar dan pulangan kewangan yang diterima tidaklah ketara.

Kami berharap kerjasama ini dapat memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk tampil menyokong pembangunan sukan negara. Secara kolektif, kita semua boleh menyumbang ke arah pertumbuhan dan kejayaan atlit dan pasukan Malaysia,” tambah Farid.

redONE komited dalam usahanya untuk memartabatkan industri sukan negara dan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif sukan termasuk penajaan Kejohanan Badminton ‘Purple League’, Selangor Squash, Kuala Lumpur Fencing, Selangor FC, Terengganu FC dan Kelantan FC dan banyak lagi. redONE juga kini menaja Sabah FC, PDRM FC dan Imigresen FC, termasuk pasukan ‘Under-19’ dan akademi bola sepak junior mereka.

Dokumentari ‘SEPULUH’ diterbitkan oleh Astro hasil kolaborasi bersama Prime Sports International dan ianya memberi penghormatan kepada Safee Sali yang digelar ‘Mokhtar Dahari’ era kini menerusi siri enam bahagian yang termasuk wawancara eksklusif dan rakaman pengalamannya. Siri ini memberi peluang kepada penonton untuk menyaksikan bagaimana Safee mula berkecimpung dalam bola sepak dan detik-detik penting serta jatuh bangun yang membentuk kariernya.

Peminat Safee Sali dan penggemar sukan Malaysia boleh menonton tayangan premier ‘SEPULUH’ di Astro Arena (Saluran 801) pada 24 November 2023 dan setiap Jumaat pada pukul 9.00 malam.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM