Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Merevolusikan Akses Kepada Dana: Memperkenalkan Platform Peminjaman Wang Digital redONE untuk Solusi Kewangan Pantas dan Dipercayai

Kuala Lumpur – redONE Network Sdn Bhd (“redONE”), Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran redCASH, platform peminjaman wang digital pertama di negara ini. Platform ini akan menyediakan pinjaman mikro dari RM1,000.00 hingga RM10,000.00 dengan kadar faedah yang menarik secara eksklusif untuk pelanggan setia redONE. Platform ini akan meningkatkan pasaran fintech di Malaysia selain daripada menandakan pencapaian penting redONE sejak penubuhannya 12 tahun lalu, dengan menjadi syarikat telco pertama yang memperkenalkan inisiatif ini.

Ini adalah satu tonggak besar bagi redONE yang telah pun menyediakan perkhidmatan pelan pascabayar dan prabayar yang berpatutan kepada pelanggan. Dengan adanya platform peminjaman digital ini, redONE juga dapat memberikan perkhidmatan pinjaman mikro kepada pelanggan yang memerlukan.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran redCASH yang akan memberikan menyumbang kepada pasaran fintech di Malaysia. Sebagai syarikat telco pertama yang memperkenalkan platform ini, ini merupakan pencapaian yang penting bagi kami sejak penubuhan redONE 12 tahun lalu,” kata Encik Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE.

redCASH direka khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan setia redONE dengan ciri-ciri tersendiri. Pinjaman adalah tersedia secara eksklusif untuk pelanggan setia redONE dan proses kelulusan adalah pantas. Kaedah pembayaran yang mudah disediakan melalui perbankan dalam talian, JomPAY dan pembayaran tunai di cawangan redONE yang tertentu.

“Kami faham bahawa akses kepada kredit merupakan satu cabaran besar bagi ramai rakyat Malaysia. Dengan redCASH, kami dapat memberikan pinjaman mikro kepada pelanggan yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman melalui saluran tradisional,” tambah Encik Farid Yunus.

Platform inovatif ini diwujudkan melalui perkongsian strategik dengan Experian Information Services Malaysia (“Experian”), agensi penarafan kredit terkemuka. Experian akan menyediakan penilaian kredit untuk pelanggan redONE bagi menentukan kelayakan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) mereka. Melalui kerjasama ini, redONE boleh memanfaatkan kepakaran agensi dalam penilaian kredit untuk memastikan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.

“Penyelesaian keputusan kredit yang dipacu data oleh Experian, memastikan bahawa penilaian adalah cepat, adil dan berpatutan. Experian berbesar hati untuk menyokong platform pembuatan keputusan automatik redCASH yang mempercepatkan keputusan berkenaan kredit dan membolehkan redONE menentukan dengan cepat sama ada pemohon mampu untuk membuat pinjaman. Ini memastikan yang redONE membuat keputusan pembiayaan yang mampan dan pada masa yang sama, melindungi pengguna di Malaysia untuk membuat keputusan berkaitan pinjaman untuk diri sendiri,” tegas Cik Dawn, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian.

redONE juga telah diiktirah secara rasmi oleh The Malaysia Book of Record sebagai Telco Pertama di Malaysia yang Melancarkan Platform Pinjaman Wang Dalam Talian.

redCASH kini telah beroperasi dan tersedia untuk pelanggan setia redONE. Pelanggan boleh memohon pinjaman melalui laman sesawangan redCASH di https://redcash.com.my atau dengan memuat turun aplikasi redONE. Dengan pelancaran redCASH ini, redONE menegaskan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan inovatif dan mampu milik yang memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dalam era digital.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM