Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan pelan redONE postpaidPLUS baharu dengan data EKSTRA dan kelajuan maksima untuk pengalaman 5G lebih hebat!

Dapatkan pelan redONE postpaidPLUS baharu dengan data EKSTRA dan kelajuan maksima untuk pengalaman 5G lebih hebat!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Pelan PostpaidPLUS Baharu

  1. Apakah pelan Pascabayar baharu ini?

    Pelan Pascabayar baharu ini hadir dengan kuota data 5G berkelajuan tinggi setiap bulan! Tidak perlu risau tentang caj tambahan sekiranya anda habis menggunakan data—kelajuan anda hanya akan dikurangkan kepada 64kbps sehingga kitaran seterusnya.

  2. Berapa lamakah tawaran ini berlangsung?

    Tawaran ini berkuat kuasa mulai 14 April 2025.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?

    Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan redONE atau rakan kongsi redONE kami. Anda juga boleh mendaftar secara dalam talian dengan mudah pada bila-bila masa!

  4. Siapakah yang layak melanggan pelan Pascabayar baharu ini?

    Semua warganegara Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun ke atas layak untuk melanggan pelan ini. Ia terbuka untuk pendaftaran baharu, pertukaran pembekal nombor mudah alih (MNP port-in), dan pertukaran pelan (tidak termasuk M2M).

  5. Berapakah jumlah yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?

    Bayaran Pendahuluan untuk semua permintaan MNP Port-in akan dikecualikan. Sekiranya anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi dan tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang daripada 6 bulan, deposit diperlukan. Bagi warga asing, bayaran deposit adalah bersamaan dengan had kredit bulanan yang ditetapkan.

    Pelan PostpaidPostpaidPLUS38PostpaidPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10
  6. Bolehkah saya menggunakan data yang dibundel untuk hotspot?

    Data yang dibundel adalah untuk kegunaan peribadi. Jika anda berkongsi data melalui hotspot, penggunaan akan ditolak daripada kuota data hotspot anda.

  7. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan data hotspot?

    Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik selepas pelan Postpaid38 dan Postpaid48 anda berjaya diaktifkan atau berjaya diport-in.

  8. Apa yang berlaku jika saya menggunakan semua data hotspot?

    Fungsi perkongsian data akan disekat buat sementara waktu. Untuk terus berkongsi data, anda boleh membeli booster 10GB atau Tambahan Data (Data Top-Up).

  9. Jika saya tidak habis menggunakan data asas dan hotspot, bolehkah ia dibawa ke bulan berikutnya?

    Malangnya, kuota Internet dan Hotspot anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan luput.

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?

    redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?

    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan PostpaidPLUS38 atau PostpaidPLUS48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?

    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan Postpaid38 dan 5G Postpaid48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?

    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.

  5. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?

    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.

  6. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?

    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.

  7. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?

    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.

Pelan PostpaidPLUS Baharu

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda di dalam bil bulanan.

  2. Caj akses bulanan untuk pelan PostpaidPLUS38 dan PostpaidPLUS48 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang dihimpun, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia termasuk nombor talian tetap, dan tidak termasuk panggilan video serta panggilan suara ke nombor khas.

  3. Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran diperlukan. Bayaran Pendahuluan akan dikecualikan untuk pelanggan MNP-Port-in. Bayaran Pendahuluan yang dikutip akan digunakan untuk menolak bil bulan pertama anda, dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang masih tertunggak dalam bil bulan pertama tersebut.

    Pelan PostpaidPostpaidPLUS38PostpaidPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10
  4. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dicaj deposit bersamaan dengan had kredit bulanan mereka.

  5. redCALL disertakan bersama pelan PostpaidPLUS38 dan PostpaidPLUS48 dan tidak boleh dipilih secara berasingan. Caj sebanyak RM10 sebulan akan dikenakan dalam bil untuk redCALL.

  6. Data yang dibundel, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian hanya terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkhidmatan roaming dan IDD akan dikenakan caj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).

  7. Dalam bil pertama untuk PostpaidPLUS38 dan PostpaidPLUS48, data yang dibundel akan diprorata berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti berikut:

    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    PostpaidPLUS38RM7RM14RM21RM28
    PostpaidPLUS48RM9.50RM19RM28.50RM38
  8. Setelah 100% penggunaan data berkelajuan tinggi yang dibundel, penggunaan seterusnya akan menggunakan data Internet asas dengan kelajuan yang diperlahankan kepada 64kbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambahan Data (Data Top Up) bagi terus melayari Internet pada kelajuan tinggi.

  9. Permintaan untuk menukar pelan kepada pelan baharu PostpaidPLUS38 dan PostpaidPLUS48 dibenarkan bermula dari April 2025.

  10. Pelanggan 5G Postpaid38 SE dan 5G Postpaid48 SE boleh membuat permintaan untuk menaik taraf atau menurunkan pelan mereka bermula bulan Mei.

redCALL

  1. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.

  2. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah bergabung dengan pelan 5G Postpaid38 dan 5G Postpaid48 BAHARU dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.

  3. Panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mudah alih lain

    • Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan

  4. PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC

    • Panggilan ke nombor khas dan premium

    • Panggilan video

    • Panggilan IDD

  5. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1hb bulan.

  6. Dalam sebarang kejadian di mana pelanggan ingin menukar pelan berlangganan dari 5G Postpaid38 atau 5G Postpaid48 ke pelan lain, langganan kepada redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baru adalah Amazing8, Amazing28+ atau Data28.

  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:

    • Dijual, disewakan, atau digunakan dalam apa jua cara selain daripada individu membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia.

    • Digunakan untuk pengalihan panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi).

    • Digunakan untuk menetapkan peranti sambungan yang boleh mengekalkan talian terbuka secara berjam-jam.

    • Digunakan untuk beberapa panggilan serentak dan panggilan persidangan.

    • Digunakan untuk pusat panggilan dan pemasaran telefon.

    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh yang panjang, penggilan automatik, dan komunikasi mesin ke mesin.

Hotspot

  1. Data hotspot disertakan dengan pelan pascabayar BAHARU PostpaidPLUS38 dan PostpaidPLUS48 dan tidak boleh dipilih secara berasingan.

  2. Data hotspot hanya boleh digunakan untuk perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data semasa berada di luar negara akan dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dikenakan caj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE di negara tersebut semasa menggunakan perkhidmatan redONE bersama rakan kongsi perayauan luar negara.

  3. Data hotspot akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 haribulan.

  4. Data hotspot akan tamat tempoh pada akhir bulan kalendar. Sebarang baki data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

  5. Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganan daripada pelan BAHARU Postpaid38 dan Postpaid48 kepada pelan lain, data hotspot akan ditamatkan secara automatik.

  6. Setelah 100% penggunaan data hotspot, fungsi perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh memilih untuk membeli booster data atau Tambahan Data (Data Top Up) untuk terus menggunakan fungsi perkongsian data.

Keutamaan Penggunaan Data

PenggunaanPenggunaan Data
PelanPostpaidPLUS38PostpaidPLUS48
PertamaredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC yang dibeliredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC yang dibeli
Ke-2130GB Data 5G/4G yang digabungkan150GB Data 5G/4G yang digabungkan
Ke-3Tambah Nilai Data yang dibeliTambah Nilai Data yang dibeli
Ke-4Internet Asas @64kbpsInternet Asas @64kbps
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM