Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Memperjuangkan Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Inisiatif ‘Eco-Roots’ bersama FRIM

Kepong – redONE Mobile telah sekali lagi menekankan komitmen berterusan terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menganjurkan program kesedaran alam sekitar ‘Eco-Roots’ di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar.

Acara itu menyaksikan sekumpulan 40 kakitangan redONE Mobile yang turut disertai ahli keluarga mereka dan kakitangan FRIM mengambil bahagian sebagai sukarelawan, diketuai oleh Caren Lwee, Ketua Tadbir Urus Korporat dan Risiko, redONE Mobile.

Setibanya di FRIM, para sukarelawan disambut oleh Pengerusi Ketua Cawangan Semaian Utama FRIM, Dr Siti Salwana Hashim yang telah menyampaikan pembentangan pengenalan mengenai FRIM dan taklimat aktiviti pada hari tersebut yang merangkumi kaedah tepat untuk pengeluaran anak benih berkualiti melalui penyediaan tanah dan teknik penanaman. Pembentangan itu menekankan peranan penting yang dimainkan FRIM dalam memelihara kekayaan biodiversiti Malaysia dan kepentingan penglibatan orang ramai dalam mengekalkan usaha ini. Para sukarelawan kemudiannya menjalankan aktiviti ‘hands-on’ menanam anak pokok Jambu Bol (𝘚𝘺𝘻𝘺𝘨𝘪𝘶𝘮 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘤𝘤𝘦𝘯𝘴𝘦𝘯𝘴𝘦𝘦𝘴𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘮𝘢 𝘴𝘶𝘮𝘢𝘵𝘳𝘢𝘯𝘶𝘮) di tapak semaian utama. Program ini diakhiri dengan lawatan ke denai alam semula jadi di FRIM, di mana mereka dapat menemui pelbagai spesies tumbuhan yang unik.

Inisiatif ‘Eco-Roots’ bertujuan memupuk budaya kemampanan dalam organisasi dan merentasi komuniti yang lebih luas, dengan tumpuan pada penghutanan semula dan pemulihan ekosistem. Selain melibatkan kakitangan dalam usaha pemuliharaan secara langsung, satu lagi objektif utama aktiviti CSR ini adalah untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan melindungi alam sekitar. Dengan meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan, redONE Mobile berusaha untuk memberi inspirasi kepada tindakan kolektif ke arah masa depan yang lebih mampan.

Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile merakamkan penghargaan kepada FRIM atas penganjuran acara tersebut dan menekankan kepentingan usaha tersebut dalam memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar. “Penyertaan kami dalam Inisiatif ‘Eco-Roots’ ini adalah gambaran dedikasi redONE Mobile untuk memberi impak positif kepada alam sekitar. Kami percaya bahawa setiap usaha kecil adalah penting, dan melalui tindakan kolektif seperti ini, kami boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan.”

redONE Mobile juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif CSR termasuk program bersama komuniti gelandangan di Pusat Gelandangan Transit Kuala Lumpur dan kanak-kanak dari rumah anak yatim sepanjang Ramadan. Syarikat juga telah bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA) dalam program ‘Empowered 2 Teach’ melibatkan anak-anak orang asli di Sungai Poh di Gopeng, Perak dan ‘Program Ibadah Qurban’ untuk mengagihkan sumbangan daging kepada masyarakat Pantai Timur Malaysia sempena Hari Raya Aidiladha. redONE Mobile juga merancang untuk meningkatkan lagi sokongan komunitinya melalui program ‘Adopt-A-Family’ bertujuan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk makanan, pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada keluarga kakitangannya yang berada dalam kemiskinan.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif komuniti redONE Mobile dan program pada masa akan datang, layari www.redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook @redONE Mobile dan Instagram @redonemobile.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM