Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan jersi eksklusif PDRM FC atau Imigresen FC PERCUMA dengan pelan tanpa had redONE Postpaid FC48 baharu yang dipadatkan dengan internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had pada liputan rangkaian terluas, hanya pada RM48 sebulan!

Dapatkan jersi eksklusif PDRM FC atau Imigresen FC PERCUMA dengan pelan tanpa had
redONE Postpaid FC48 baharu yang dipadatkan dengan internet berkelajuan tinggi dan
panggilan tanpa had pada liputan rangkaian terluas, hanya pada RM48 sebulan!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami boleh menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

  1. Apakah pelan pascabayar baharu ini?

    Ini adalah pelan suara dan data semua-dalam-satu eksklusif untuk penyokong setia pasukan bola sepak PDRM FC dan pasukan IFC.

  2. Berapa lamakah tempoh tawaran ini?

    Tawaran ini tersedia bermula 1 Oktober 2024 sehingga diberitahu kelak.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?

    Anda boleh pergi ke mana-mana kedai redONE Mobile kami atau melalui Rakan Niaga redONE Mobile.

  4. Siapakah yang layak melanggan pelan pascabayar baharu?

    Semua rakyat Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar untuk pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu, port-in nombor mudah alih dan perubahan pelan kadar (tidak termasuk M2M).

  5. Berapakah yang harus saya bayar?

    PelanFC48
    Bayaran PendahuluanRM48
    Yuran PendaftaranRM10

    Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh anda dengan redONE Mobile kurang daripada 6 bulan.

    Jika anda warga asing, anda perlu membayar deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.

  6. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk pelan ini?

    Ya. Untuk nombor biasa, akan ada kontrak selama 3 bulan. Namun, jika anda mendaftar untuk nombor premium, tempoh kontrak adalah selama 24 bulan.

  7. Bilakah saya akan menerima jersi PERCUMA?

    Jika anda mendaftar untuk nombor baharu dengan redONE Mobile, anda akan menerima jersi PDRM FC atau IFC PERCUMA selepas pendaftaran talian berjaya. Jika anda port-in nombor anda ke redONE Mobile, anda boleh menebus jersi percuma selepas talian berjaya di port-in daripada Rakan Niaga yang mengemukakan permintaan anda.

  8. Bolehkah saya memilih jersi FC?

    Ya. Anda boleh memilih sama ada untuk menerima jersi PDRM FC atau Imigresen FC bergantung kepada ketersediaan stok.

  9. Bolehkah saya mendaftar talian tambahan dengan pelan FC48?

    Ya. Anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.

  10. Saya adalah pelanggan sedia ada Amazing38. Bolehkah saya menukar pelan saya kepada pelan FC48 baharu?

    Tidak. Ia hanya terpakai untuk pelanggan BAHARU dan port-in sahaja.

  11. Jika saya tidak menggunakan semua kuota untuk pangkalan dan hotspot, bolehkah saya membawa ke hadapan kuota yang tidak digunakan untuk bulan depan?

    Tidak, tempoh sah untuk internet dan hotspot hanya sehingga hujung bulan ini. Kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan dan tidak dibawa ke hadapan.

redCALL
  1. Apa itu redCALL?

    redCALL ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Adakah saya perlu melanggan/mengaktifkan redCALL?

    Tidak. redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan postpaid FC48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya?

    Tidak. Anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia dihimpunkan bersama pelan postpaid FC48 untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian sah untuk panggilan yang dibuat semasa saya dalam perayauan?

    Panggilan suara tanpa had ini sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.

  5. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?

    Ya. Dasar Penggunaan Adil (FUP) selama 100 jam sebulan adalah terpakai.

  6. Apa yang akan berlaku bila saya telah melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had?

    Anda boleh terus membuat panggilan ke nombor di semua rangkaian pada RM0.15 sen seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.

redDATA
  1. Apa itu redDATA?

    redDATA ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) bulanan berulang yang menawarkan data tanpa had @ 6 Mbps setiap hari sehingga hujung bulan.

  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/melanggan redDATA?

    Tidak. redDATA akan diaktifkan secara automatik bila pelan postpaid FC48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redDATA. Bolehkah saya menamatkannya?

    Tidak. Anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDATA. Ia dihimpunkan bersama pelan Postpaid FC48 untuk anda menikmati data tanpa had untuk semua penggunaan.

  4. Adakah terdapat Polisi Penggunaan Adil untuk Data Tanpa Had?

    Ya, Dasar Penggunaan Adil sebanyak 100 GB sebulan adalah terpakai.

  5. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?

    Penggunaan data seterusnya akan diperlahankan kepada maksimum 64 kbps.

  6. Untuk apa saya boleh menggunakan data tanpa had?

    Data tanpa had boleh digunakan untuk SEMUA penggunaan pada telefon pintar anda – menyemak imbas web, penstriman video, sembang sosial, dsb., dan anda boleh menggunakannya pada kedua-dua rangkaian 4G/5G.

  7. Bilakah saya boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA?

    Anda boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA pada bila-bila masa.

  8. Apakah kelajuan data tanpa had untuk redDATA?

    Kelajuan penstriman redDATA dihadkan pada kelajuan 6 Mbps.

  9. Bolehkah saya menikmati data tanpa had apabila saya berada di luar negara?

    Tidak, data tanpa had tersedia untuk kegunaan domestik sahaja. Caj perayauan standard dikenakan untuk penggunaan data semasa perayauan di luar negara.

  10. Adakah saya dibenarkan untuk berkongsi data tanpa had redDATA saya dengan peranti lain melalui hotspot?

    Data tanpa had dimaksudkan untuk kegunaan peribadi pada telefon pintar anda sahaja.

  11. Bagaimana cara untuk pelanggan menyemak baki data redDATA mereka?

    Pelanggan boleh menyemak penggunaan dengan mendail *123# or melalui 1App.

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan anda.

  2. Bayaran pendahuluan sebanyak RM48 dan yuran pendaftaran RM10 adalah diperlukan dan akan ditolak daripada bil bulan pertama anda dan anda hanya diperlukan untuk membayar sebarang baki.

  3. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.

  4. Bayaran akses bulanan untuk pelan FC48 hanya sah untuk kombo data berkelajuan tinggi, redDATA gabungan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.

  5. redCALL dan redDATA adalah kombo dengan pelan FC48 dan bukan pilihan.

  6. Kombo data berkelajuan tinggi, kombo redDATA dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia hanya boleh digunakan secara domestik di dalam Malaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).

  7. Bil pertama pelan FC48 anda akan dipro-ratakan berdasarkan penggunaan kombo data berkelajuan tinggi pelanggan. Kadar penggunaan yang dipro-ratakan adalah seperti berikut:

    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    FC48RM9.50RM19RM28.50RM38

  8. Jika pelanggan ingin menamatkan pelan, bil terakhir tidak akan dipro-ratakan. Anda akan dicaj penuh yuran komitmen sebulan.

  9. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kepada maksimum 6 Mbps tanpa dikenakan caj data tambahan apabila penggunaan melebihi 100% daripada data yang digabungkan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari internet berkelajuan tinggi.

  10. Permintaan penukaran pelan ke FC48 tidak dibenarkan.

  11. Pelanggan talian baharu akan menerima jersi PDRM FC atau IFC PERCUMA selepas talian berjaya diaktifkan. Pelanggan port-in MNP boleh menebus jersi PDRM FC atau IFC PERCUMA selepas talian berjaya diport-in.

Keutamaan Penggunaan Data

PenggunaanPenggunaan Data
PelanFC48
PertamaredVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC yang dibeli
Ke-2Data Kelajuan Tinggi 4G LTE 30 GB yang digabungkan
ke-3Tambah Nilai Data yang dibeli
Ke-4Data Tanpa Had
Ke-5Internet Asas @ 64 kbps

redCALL
  1. redCALL adalah khidmat nilai-tambah yang menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan di dalam Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas adalah dikecualikan.

  2. Khidmat nilai-tambah redCALL adalah bergabung dengan pelan FC48 baharu dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.

  3. Panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mobil yang lain.
    • Semua panggilan domestik ke talian tetap nasional.

  4. Panggilan tanpa had tidak termasuk:

    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor khas dan premium
    • Panggilan video
    • Panggilan IDD

  5. Khidmat nilai-tambah redCALL akan diperbaharui setiap 1hb pada setiap bulan.

  6. Jika seorang pelanggan ingin menukar pelan dari pelan baharu FC48 ke pelan lain, langganan ke redCALL akan ditamatkan secara automatik kecuali pelan baharu adalah Amazing8, Amazing28+ atau Data28.

  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia tidak boleh:

    • Dijual, disewa atau digunakan kecuali untuk panggilan oleh individu ke pengguna rangkaian lain di Malaysia.
    • Digunakan untuk panggilan rerouting (Sambungan dengan peranti/software/aplikasi).
    • Digunakan sebagai peranti switch yang boleh mengakibatkan talian terbuka untuk berjam.
    • Digunakan untuk beberapa panggilan secara serentak atau panggilan conference.
    • Digunakan sebagai pusat panggilan atau pemasaran telefon.
    • Digunakan untuk masa yang panjang, dail automatik dan komunikasi mesin-ke-mesin.

redDATA
  1. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) redDATA menawarkan data @ 6 Mbps tanpa had dan untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja.

  2. VAS redDATA disertakan dengan pelan FC48 baharu dan bukan pilihan.

  3. Data tanpa had boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data.

  4. redDATA hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE Mobile masing-masing untuk penggunaan data semasa dalam perayauan di luar negara oleh rakan kongsi perayauan luar negara redONE Mobile.

  5. VAS redDATA akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.

  6. Data redDATA akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data redDATA yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

  7. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada pelan FC48 baharu ke pelan lain, langganan redDATA akan ditamatkan secara automatik.

  8. Selepas penggunaan 100% kuota redDATA, sebarang penggunaan internet selanjutnya akan ditolak daripada kuota Tambah Nilai Data yang tersedia atau anda akan melayari pada kelajuan yang dikurangkan.

  9. Kuota data tanpa had dihadkan hanya untuk kegunaan individu pelanggan dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang atau peranti lain dalam apa jua cara (termasuk kotak SIM atau tempat liputan mudah alih) dan tertakluk pada Dasar Penggunaan Adil redONE Mobile.

  10. Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan ketersediaan serta keupayaan peranti. Kelajuan muat turun dan kapasiti data anda akan berbeza-beza dan mungkin lebih perlahan serta boleh dipengaruhi oleh jarak anda dari menara mudah alih kami, kapasiti menara mudah alih kami, sumber muat turun anda, jenis dan kualiti telefon bimbit anda, trafik internet umum dan ketersediaan liputan atau disebabkan oleh Dasar Penggunaan Adil (FUP). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redonemobile.com.my/ms/dasar-penggunaan-adil/

  11. redDATA tidak boleh dipindah milik, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, sama ada kepada mana-mana orang lain, entiti atau mana-mana akaun pascabayar lain.

  12. Kami berhak pada bila-bila masa tanpa bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mengganggu, menghalang, menggantung, menyekat Pelan dan Perkhidmatan untuk masa yang kami fikir patut atau menamatkan, menghentikan atau memutuskan sambungan Pelan dan Perkhidmatan jika penggunaan anda:

    • menunjukkan penggunaan yang berlebihan atau meletakkan beban luar biasa pada rangkaian
    • adalah untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk aktiviti penipuan yang disyaki
    • tidak mengikut Dasar Penggunaan Adil redONE Mobile di https://www.redonemobile.com.my/ms/dasar-penggunaan-adil/
    • adalah untuk tujuan komersial/bukan peribadi

  13. Promosi ini disediakan mengikut Syarat Perkhidmatan di Borang Pendaftaran Postpaid kami. Anda mesti mematuhi terma tersebut termasuk penerangan perkhidmatan yang berkaitan, Polisi Penggunaan Saksama, Polisi Privasi, pelan langganan Postpaid yang berkaitan dan terma dan syarat tambahan ini (secara kolektif, “Terma”) yang semuanya boleh didapati di redonemobile.com.my.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM