Nikmati perayauan sepuasnya bila anda mengembara ke 123 negara dengan redONE Postpaid, hanya pada RM39 sehari!
*Selepas kuota berkelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, kelajuan internet seterusnya akan dikurangkan sehingga 256 kbps (FUP: 700 MB).
* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
Perayauan Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menggunakan nombor telefon anda untuk membuat dan menerima panggilan dari negara atau destinasi lain ketika anda berada di luar negara.
Anda perlu pra-aktifkan perkhidmatan perayauan sebelum melancong ke luar negara.
Jika anda telah menjadi pelanggan redONE lebih dari tempoh 6 bulan, anda hanya perlu menelefon 1909 untuk bercakap dengan Khidmat Pelanggan kami untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa sebelum melancong ke luar negara. Jika anda ialah pelanggan baru redONE (kurang dari 6 bulan), anda dikehendaki untuk membayar deposit tambahan (akan dikembalikan semula) sebanyak RM300 untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Pembayaran deposit tambahan akan dikecualikan jika anda membawa masuk nombor Pascabayar (MNP port-in) anda dari rangkaian pembekal yang lain, dan anda pernah menggunakan perkhidmatan perayauan sebelum ini.
Hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah:
<Kod Akses Antarabangsa><Kod Negara><Kod Kawasan/Kod Rangkaian Telefon><Nombor Talian Tetap/ Bimbit>
Contoh:
Untuk membuat panggilan ke nombor mudah alih Malaysia (e.g. 011 1073 3663), dail +601110733663
Untuk memilih rangkaian secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
iPhone | Pergi ke:
|
Android | Pergi ke:
|
BlackBerry | Pergi ke:
|
Note: Langkah-langkah ini mungkin berbeza bergantung pada jenis dan model telefon
Kadar perayauan bergantung pada jenis negara dan operator yang anda pilih.
Tidak, kadar caj adalah standard mengikut negara dan operator yang anda pilih.
Ya, anda akan dicaj jika anda menjawab sebarang panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perayauan. Caj akan berbeza bergantung pada negara yang membuat panggilan tersebut.
Ya, boleh.
Anda dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan kami di +603 8689 7800 untuk menggantungkan talian anda buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang penggunaan tanpa kebenaran.
Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan perayauan Antarabangsa bergantung pada negara dan operator yang telah anda pilih.
Ya, kadar ini akan diaplikasikan kepada semua pengguna talian tambahan yang telah mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.
Perubahan kadar akan disiarkan dalam laman web kami. Sila periksa laman web kami dari masa ke semasa untuk melihat kadar dan promosi terbaru.
Perayauan Data Harian
Perayauan Data Harian membolehkan pelanggan menikmati akses internet ketika melancong ke luar negara.
Perayauan Data Harian | |
---|---|
Harga | RM39 |
Peruntukan Data | 1 GB |
Tempoh Sah | 24 jam |
Negara Layak | 123 negara |
Pelan Layak | Semua pelan pasca bayar |
Tidak. Anda tidak perlu log masuk ke pengendali pilihan.
Anda akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data melebihi 1 MB di negara yang terpilih. Sila pastikan anda HIDUPKAN Perayauan Data pada tetapan peranti anda.
Ya. Anda akan dimaklumkan melalui SMS selepas pengaktifan dan penggunaan 100%.
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan data mudah alih apabila di luar negara menggunakan rangkaian mudah alih negara asing, tanpa perlu membayar caj perayauan data yang tinggi. Kos dihadkan pada kadar harian rata.
Dalam situasi ini, kadar perayauan data standard akan dikenakan dan ianya akan menjadi sangat mahal. Sebaliknya, cari lokasi di mana ada liputan WiFi percuma.
Blok pengecasan adalah setiap 100 kb.
Ya, anda boleh meneruskan penggunaan tanpa sebarang caj tambahan pada kelajuan yang dikurangkan sehingga 256 kbps sehingga pas anda tamat tempoh (FUP 700 MB).
Tidak. Perayauan Data Harian akan tamat tempoh secara automatik dalam masa 24 jam. Jika anda tidak mahu meneruskannya, sila matikan perayauan data di tetapan peranti mudah alih anda.
Anda dibenarkan menggunakan langganan Perayauan Data Harian yang sama untuk beberapa negara (dalam senarai negara yang layak). Contohnya, jika anda pergi ke Singapura & Thailand dalam masa sehari, Perayauan Data Harian yang diaktifkan secara automatik di Singapura boleh digunakan di Thailand juga.
Klik pada butang yang disediakan pada halaman di atas untuk melihat senarai penuh negara yang dipilih.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D).
Hak cipta terpelihara.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D). Hak cipta terpelihara.