Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile dan JCI Malaysia Lancar Bersama Pelan Pascabayar Inovatif untuk Memperkasa Komuniti Belia dan Pemimpin Masa Hadapan

KUALA LUMPUR – redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar ASEAN dengan kehadiran selama 12 tahun di Malaysia dan pangkalan pelanggan serami 1.1 juta, dengan bangganya mengumumkan kerjasamanya dengan Junior Chamber International Malaysia (JCI Malaysia), sebuah organisasi kebangsaan yang menyediakan peluang pembangunan kepimpinan untuk individu berumur 18 – 40 tahun, dengan lebih 3155 ahli daripada 75 organisasi tempatan di seluruh Malaysia, untuk melancarkan pelan pascabayar mudah alih eksklusif yang menyepadukan perkhidmatan telekomunikasi dan inisiatif pengumpulan dana untuk komuniti belia di Malaysia.

Untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara redONE Mobile dan JCI Malaysia ini, satu sidang media dan majlis menandatangani MoU telah diadakan di ibu pejabat redONE Mobile di IOI Boulevard, Puchong Jaya. MoU itu ditandatangani oleh Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile dan Presiden Kebangsaan JCI Malaysia, Senator Bruce Ban, disaksikan oleh Tetamu Kehormat, YB Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan ADUN Ayer Keroh, Ben Teh Beng Hock, Ketua Pegawai Jualan Kumpulan, redONE Holdings, Valarie Ngoh, Pengerusi Penganjur JCI Malaysia dan Ex-officio merangkap Bendahari Negara JCI Malaysia 2024, Senator JCI Zare Lee.

redONE Mobile turut menyumbang RM50,000 kepada JCI Malaysia pada majlis itu yang akan memainkan peranan penting dalam menyediakan bantuan kewangan bagi membolehkan JCI Malaysia meningkatkan lagi inisiatif pembangunan kepimpinannya bagi menyediakan peluang berharga kepada individu muda untuk berkembang dan menjadi pemimpin yang berkesan dan pembuat perubahan dalam komuniti mereka.

Pelan pascabayar yang baru dilancarkan itu diberi nama redPLAN50 dan direka untuk membantu usaha mengumpul dana JCI Malaysia, di mana RM10 akan disumbangkan kepada organisasi melalui setiap langganan bulanan, bagi mewujudkan program dan inisiatif yang memberi impak serta menyokong pertumbuhan dan pembangunan komuniti belia. Dengan yuran bulanan hanya RM50, pelan redPLAN50 eksklusif dilengkapi dengan data pantas tanpa dan panggilan tanpa had dan pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah lain termasuk internet tanpa had untuk pelbagai kegunaan dan serta jumlah data yang boleh dihotspot yang lebih, semuanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti. Untuk melanggan pelan eksklusif ini, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan pada pek SIM dan mengikuti langkah pengaktifan yang mudah.

Di samping itu, ahli JCI Malaysia diberi peluang untuk mempromosikan redPLAN50 kepada orang ramai, membolehkan pengembangan rangkaian yang ketara dan peluang untuk menyumbang kepada pertumbuhan usaha pengumpulan dana organisasi.

JCI Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada Junior Chamber International, mempunyai visi untuk menjadi rangkaian pemimpin muda terulung yang memupuk perubahan positif di Malaysia dan di peringkat global. Komitmen redONE Mobile terhadap kemampuan mampu milik dan perkhidmatan berkualiti tinggi selaras dengan matlamat JCI untuk memperkasakan individu muda untuk mencipta perbezaan dalam komuniti mereka.

Ameen Amaendran melahirkan rasa terujanya berhubung perkongsian strategik dengan JCI Malaysia, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Junior Chamber International Malaysia (JCIM) untuk melancarkan pelan postpaid redPLAN50 inovatif yang mewakili komitmen bersama kami untuk memberikan sokongan kepada masyarakat khususnya segmen belia. Ia juga merupakan satu penghormatan besar untuk kami kerana majlis hair ini turut dihadiri YB Kerk Chee Yee. redONE Mobile sentiasa komited untuk menawarkan nilai dan ketersambungan kepada orang ramai, dan perkongsian ini menepati komitment tersebut. Kami juga menyediakan pelan mudah alih dari serendah RM8 termasuk pelan prabayar dan pascabayar 5G yang memenuhi pelbagai bajet dan gaya hidup Malaysia.”

Presiden Kebangsaan JCI Malaysia, Bruce Band, menyampaikan penghargaannya kepada redONE Mobile kerana membuka jalan untuk terhasilnya kerjasama penting untuk mencapai matlamat bersama, “Di JCI, kami percaya bahawa membawa kepimpinan dengan nilai yang tinggi bukan sekadar pilihan – ia adalah satu keperluan. Kerjasama kami dengan redONE Mobile merangkumi prinsip ini, menghimpunkan visi bersama kami untuk masa depan yang mampan. Dengan bergabung tenaga, kami menetapkan standard baharu untuk apa yang boleh dicapai apabila organisasi yang berfikiran sama bekerjasama ke arah matlamat bersama. Terima kasih kepada redONE Mobile untuk peluang ini.”

Sidang media itu disusuli dengan sesi rangkaian melibatkan pengurusan redONE Mobile, ahli Kebangsaan JCI Malaysia dan India, serta ahli media.

Untuk maklumat lanjut tentang JCI Malaysia, hubungi +6011-26886288 atau e-mel info.jcim@gmail.com.

Untuk mengetahui lebih banyak pelan pascabayar dan prabayar redONE Mobile, serta tawaran menarik yang lain, sila layari redONEMobile.com.my .

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM