Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Laksana Ibadah Korban Bersama Komuniti Pantai Timur

redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia yang menyediakan pelan pascabayar 5G serendah RM8 serta komited dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti telah menjalankan Program Ibadah Qurban bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha, di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dah Pahang dari 17 hingga 18 Jun 2024. Melalui program ini, sebanyak 2 ekor lembu telah diperuntukkan bagi setiap negeri.

Program tersebut turut disertai oleh kakitangan dan rakan-rakan niaga redONE Mobile dan telah dijalankan di lokasi-lokasi berikut:

  • Masjid Fatimah Az Zahra, Taman Indera Sempurna, Pahang
  • Masjid Muhajirin, Felda Melati, Jengka 11, Pahang
  • Masjid Al Muktafi Billal Shah, Terengganu
  • Surau Alhuda, Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu
  • Masjid Mukim Bukit Tiu, Machang, Kelantan
  • Kampung Pasir Puteh, Kelantan

 

Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, program ini dijalankan bertujuan memperkukuh hubungan dengan rakan niaga redONE Mobile yang beroperasi di lokasi terpilih serta memperluaskan jaringan komuniti, di samping menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang berada di kawasan tersebut.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi membantu masyarakat yang memerlukan, menerusi agihan sumbangan daging. Ini merupakan salah satu usaha syarikat untuk terus terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan kakitangan dan rakan-rakan niaga redONE Mobile dan kami berharap ianya bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada komuniti malah turut juga menjalin ukhuwah dan mewujudkan permuafakatan antara kami dan masyarakat setempat.”

Selain program ini, redONE Mobile turut menjalankan inisiatif lain bagi menyokong perkembangan komuniti melalui beberapa lagi program pada tahun ini termasuk kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA) bagi membantu dari segi pembiayaan untuk membangunkan prasekolah di perkampungan Orang Asli di Sg. Poh, Gopeng, Perak. redONE Mobile juga akan menjalankan program lain iaitu Bantuan Kasih redONE, projek penanaman pokok bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan juga program Adopt-A-Family di mana bantuan seperti makanan, pendidikan dan kesihatan akan dihulurkan kepada ahli keluarga kakitangan syarikat redONE Mobile yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif komuniti redONE Mobile dan program seterusnya, layari www.redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook @redONE Mobile dan Instagram @redonemobile.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM