Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

‘Gadgetzilla Giveaway’ redONE Mobile Beri Ganjaran Gajet bernilai RM20,000 kepada Pelajar dan Belia

SELANGOR – redONE Mobile telah mengumumkan pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway semasa sesi penyampaian hadiah di ibu pejabatnya di Puchong, di mana pemenang hadiah utama telah membawa pulang Macbook Air yang dinanti-nantikan.

Kempen Gadgetzilla Giveaway yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2023 bertujuan untuk memperkasakan golongan pelajar dan belia dengan memberi ganjaran kepada mereka dengan cara menyediakan pelbagai sumber yang berharga untuk membantu mereka dalam mencapai kejayaan dari segi akademik, kerjaya, dan pembangunan peribadi, melalui langganan pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 atau pelan tanpa had redONE Postpaid Pakej Belia Amazing38. Dengan pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 eksklusif untuk pelajar universiti yang menyediakan internet dan panggilan tanpa had dan pelan tanpa had redONE Postpaid Pakej Belia Amazing38 yang menawarkan pengembalian rebat bil bulanan sebanyak RM5, pelanggan dapat menikmati fleksibiliti tanpa terikat kepada kontrak, memudahkan perjalanan mereka sebagai pelajar universiti atau profesional muda.

Mereka yang mendaftar untuk mana-mana pelan ini secara automatik berhak untuk menyertai Giveaway Gadzetzilla dengan peluang untuk memenangi peranti bernilai sehingga RM20,000 di mana, sejumlah 29 pemenang terdiri daripada pemenang bulanan dan mingguan telah dipilih.

Semasa sesi penyampaian hadiah, Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Mobile menyampaikan Macbook Air kepada pemenang hadiah utama, Farah Erishah bt Khiril Akhmal manakala pemenang hadiah utama lain, Mohamed Sufi Bin Mohamed Sin telah dimaklumkan dan mengakui hadiah melalui wakil. Pemenang lain yang hadir adalah Dines A/L Murugan dan Muhammad Fadhil Bin Mohd Azman yang masing-masing menerima Samsung Tab A7 Lite.

Ameen menyatakan rasa terima kasihnya kepada pemenang dan peserta, “Saya gembira dan berbesar hati atas peluang untuk bertemu dengan pemenang pertandingan Gadgetzilla Giveaway kami yang juga merupakan pelanggan redONE Mobile. Pertandingan ini dilancarkan sebagai cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami atas sokongan dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta atas penyertaan yang bersemangat sepanjang kempen ini dijalankan. Melalui inisiatif seperti ini, kami bertujuan untuk memberi ganjaran dan memperkasakan segmen belia dengan sumber yang diperlukan untuk menyokong perjalanan mereka sama ada mereka masih belajar atau baru memulakan karier dalam dunia pekerjaan. Kami berharap untuk menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan serta ganjaran yang menarik kepada pelanggan kami pada masa hadapan.”

Selain daripada Macbook Air, hadiah menarik lain termasuk Xiaomi Buds, Mi Watch, Samsung Galaxy Tab dan baucar beli belah.

Untuk kemas kini lanjut tentang tawaran menarik, pelan, dan perkhidmatan redONE Mobile, lawati redONEMobile.com.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM