KUALA LUMPUR – redONE Mobile telah meneruskan tradisi menyambut kedatangan Ramadan dengan mengadakan acara Iftar khas untuk komuniti gelandangan di Pusat Gelandangan Transit Kuala Lumpur.
Program yang dikenali sebagai ‘Colours of Ramadan; Rewang Iftar’ bertujuan menyediakan pengalaman berbuka puasa yang bermakna bagi kira-kira 200 individu gelandangan. Melalui inisiatif unik ini, lebih daripada 25 orang sukarelawan telah berkumpul untuk menyediakan hidangan tradisional Arab yang dipanggil ‘Nasi Arab’. Proses memasak bermula pada pukul 3 petang di Warung Makan Sahabat di mana sukarelawan menyediakan bahan-bahan untuk hidangan utama termasuk ayam dan rempah untuk sup. Hidangan tersebut kemudian dibungkus dengan segera untuk diedarkan kepada penghuni pada masa yang sesuai untuk berbuka puasa di kawasan komunal pusat gelandangan, juga dikenali sebagai ‘Anjung Kembara’.
Program ini menekankan dedikasi redONE Mobile untuk memastikan bahawa golongan kurang bernasib baik menerima penjagaan dan perhatian yang sewajarnya. Selain daripada hidangan berbuka puasa, redONE Mobile juga menyumbangkan cenderahati sebagai tanda tulus ikhlas kepada penghuni yang berkumpul di sana. Keceriaan juga turut terpamer di wajah setiap penghuni dengan pemberian duit Raya oleh redONE Mobile. Sambutan tersebut diakhiri dengan sesi ‘Tazkirah’ untuk semua yang hadir di sana bertujuan menyuntik semangat mereka.
Jemay Naim, Ketua Pemasaran redONE Mobile, menekankan komitmen syarikat untuk memastikan bahawa masyarakat yang memerlukan diberikan sokongan di saat ianya amat diperlukan kesukaran. “Apabila kita bersedia untuk berbuka puasa dan membuat persiapan untuk Syawal, jangan kita lupa mereka yang memerlukan bantuan kita. redONE Mobile komited untuk membantu masyarakat ini, kerana terdapat begitu ramai di luar sana yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan segera hanya untuk kelangsungan hidup hari demi hari. Jika kita tidak mengambil inisiatif sebegini, kepada siapa lagi boleh golongan seperti ini bergantung? Program Colours of Ramadan kami bertujuan untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka hadapi dan menghadirkan sedikit kegembiraan dan keceriaan walaupun hanya untuk satu hari.”
Jemay menyatakan harapannya agar lebih banyak organisasi korporat dan entiti swasta turut sama menyumbang untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik. Beliau menambah bahawa inisiatif seperti ‘Colours of Ramadan: ‘Rewang Iftar’ berfungsi sebagai pengingat tentang kepentingan memberi balik kepada masyarakat, terutamanya semasa waktu perayaan dan refleksi.
Selain program Rewang Iftar, redONE Mobile juga akan menganjurkan ‘buka puasa’, ‘Iftar Ala Madinah’ yang akan dihadiri oleh kanak-kanak dari sebuah rumah anak yatim pada bulan ini. redONE Mobile juga merancang untuk menganjurkan beberapa lagi program kemasyarakatan pada tahun ini untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, termasuk projek Empowered 2 Teach yang melibatkan kanak-kanak pribumi hasil kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA), Bantuan Kasih redONE untuk Kelas Komuniti Kg Sungai Poh di Gopeng, Perak dan projek penanaman pokok bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Selain itu, redONE Mobile merancang untuk menyokong komuniti melalui program Adopt-A-Family yang akan melibatkan pelbagai bentuk bantuan termasuk makanan, pendidikan, dan kesihatan yang diperluaskan kepada ahli keluarga kakitangan syarikat yang menghadapi kesukaran atau kemiskinan yang teruk.
Untuk menonton video rewang Colours of Ramadan, kunjungi bit.ly/COR2024 .
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif masyarakat redONE Mobile dan program-program akan datang, layari www.redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook dan Instagram.