Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan jersi Safee Sali PERCUMA dengan pelan TANPA HAD redONE Postpaid FC40 sekarang! Bagi setiap langganan, 25% daripada jumlah bil bulanan akan disalurkan kepada Pusat PERMATA Kurnia bagi menyokong keperluan pendidikan khas.

Dapatkan jersi Safee Sali PERCUMA dengan pelan TANPA HAD redONE Postpaid FC40 sekarang! Bagi setiap langganan, 25% daripada jumlah bil bulanan akan disalurkan kepada Pusat PERMATA Kurnia bagi menyokong keperluan pendidikan khas.

FA_webpage-Safee-Sali-BM-PNG-02-2
Untuk mendaftar talian redONE atas talian, klik butang daftar atau imbas
kod QR
Untuk mendaftar talian redONE atas talian, klik butang daftar atau imbas kod QR

* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami boleh menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Pelan redONE Postpaid FC40 – PERCUMA Jersi Safee Sali

  1. Berapa lama tempoh promosi ini?
    Tawaran ini bermula 19 Ogos 2024 hingga diberitahu kelak.
  2. Mengapa saya perlu mendaftar untuk pelan ini?
    Anda boleh nikmati banyak ganjaran termasuk internet dan panggilan tanpa had serta jersi Safee Sali secara percuma.
  3. Siapa boleh saya hubungi untuk pertanyaan tentang pengaktifan kad SIM/isu berkaitan talian dan penghantaran jersi?
    Anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp di talian 011-1090 1119 atau e-mel di bizdev@redone.com.my.
  4. Siapa yang layak untuk mendaftar pelan ini?
    Pelan ini terbuka untuk pendaftaran oleh mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  5. Berapakah harga yang perlu saya bayar untuk pelan ini?
    Pelanggan akan dikenakan bayaran RM40 + cukai (sst) 6% setiap bulan.
  6. Di mana dan bagaimana boleh saya mendaftar untuk pelan ini
    Anda boleh mendaftar untuk pelan ini dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan yang terdapat di paparan media sosial Safee Sali sahaja.
  7. Bagaimana cara mengaktifkan kad SIM selepas menerimanya?
    Anda perlu mengaktifkan kad SIM dengan mengimbas kod QR yang akan disertakan bersama kad SIM tersebut.
  8. Bila boleh saya dapatkan jersi percuma Safee Sali?
    Jersi percuma Safee Sali akan dikurier kepada anda setelah talian Postpaid pelan FC40 berjaya didaftar atau diport-masuk.
  9. Apa akan terjadi sekiranya pelanggan menamatkan kontrak sebelum tamat tempoh 3 bulan?
    Pelanggan akan dikenakan caj penalti RM40 x 3 bulan.
  10. Jika pelanggan menggunakan perkhidmatan telco lain dengan talian tambahan, apa yang akan berlaku kepada talian tambahan bila mereka bertukar ke pelan FC40?
    Talian tambahan dari telco lain tidak layak untuk pelan FC40.
  11. Selain daripada bayaran secara dalam talian, adakah terdapat cara lain untuk pelanggan membayar bila mendaftar untuk pelan ini?
    Tidak. Untuk pendaftaraan pelan FC40, bayaran hanya boleh dibuat secara dalam talian.
  12. Apa akan terjadi jika data telah habis digunakan?
    Penggunaan data akan diperlahankan kepada maksimum 64 kbps.
  13. Apa akan berlaku jika kuota hotspot telah habis digunakan?
    Pelanggan boleh membeli Tambah Nilai Data melalui 1App atau dengan mendail *123#. Kuota dari Tambah Nilai Data boleh dikongsi melalui hotspot.

redCALL

  1. Apa itu redCALL?
    redCALL
    ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redCALL?
    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik setelah pelan Postpaid FC40 anda berjaya dialihkan masuk.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya?
    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia disertakan dengan pelan FC40 untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  4. Adakah panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian sah untuk panggilan yang dibuat semasa saya dalam perayauan?
    Panggilan suara tanpa had ini sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
  5. Adakah panggilan suara tanpa had termasuk panggilan ke talian tetap cth. nombor 03?
    Ya. Panggilan suara tanpa had termasuk semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas dikecualikan.
  6. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?
    Ya, Polisi Penggunaan Adil selama 100 jam sebulan adalah terpakai.
  7. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had?
    Anda boleh terus menghubungi nombor rangkaian lain pada RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.

redDATA

  1. Apakah redDATA yang baharu?
    VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data @ 6 Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.
  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redDATA?
    Tidak, redDATA akan diaktifkan secara automatik apabila pelan Postpaid FC40 anda berjaya diaktifkan atau berjaya diport-masuk.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redDATA. Bolehkah saya menamatkannya?
    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDATA. Ia disertakan dengan pelan Postpaid FC40 untuk anda menikmati data tanpa had untuk semua penggunaan data.
  4. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?
    Ya, Dasar Penggunaan Adil sebanyak 100 GB sebulan adalah terpakai.
  5. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?
    Penggunaan data seterusnya akan diperlahankan kepada maksimum 64 kbps.
  6. Untuk apa saya boleh menggunakan data Tanpa Had?
    Data Tanpa Had boleh digunakan untuk SEMUA penggunaan pada telefon pintar anda – menyemak imbas web, penstriman video, sembang sosial, dsb., dan anda boleh menggunakannya pada kedua-dua rangkaian 3G/4G.
  7. Bilakah saya boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA?
    Anda boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA pada bila-bila masa.
  8. Apakah kelajuan data tanpa had untuk redDATA?
    Kelajuan penstriman redDATA dihadkan pada kelajuan 6 Mbps.
  9. Bolehkah saya menikmati Data Tanpa Had apabila saya berada di luar negara?
    Tidak, Data Tanpa Had tersedia untuk kegunaan domestik sahaja. Caj perayauan standard dikenakan untuk penggunaan data semasa perayauan di luar negara.
  10. Adakah saya dibenarkan untuk berkongsi data redDATA Tanpa Had saya dengan peranti lain melalui hotspot mudah alih?
    Data Unlimited dimaksudkan untuk kegunaan peribadi pada telefon pintar anda sahaja.

Pelan redONE Postpaid FC40 – Jersi Percuma Safee Sali

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan dan akan dikenakan dalam bil bulanan pelanggan.
  2. Pelan FC40 hanya boleh didaftar oleh pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
  3. Pelan ini hanya boleh didaftar sebagai Akaun Induk sahaja.
  4. Setiap Akaun Induk hanya dibenarkan untuk mendaftar sehingga 6 talian tambahan sahaja.
  5. Yuran Pendaftaran RM10 dan Bayaran Pendahuluan RM40 adalah diperlukan untuk pendaftaran talian baharu dan port-masuk MNP.
  6. Jersi percuma Safee Sali akan dikurier kepada anda setelah pelan FC40 berjaya didaftar atau diport-masuk.
  7. 25% daripada jumlah bil bulanan akan disalurkan kepada Pusat Permata Kurnia.
  8. Akses bulanan untuk pelan FC40 hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia serta nombor talian tetap dan bukan panggilan video atau panggilan suara ke nombor khas.
  9. redCALL dan redDATA adalah digabungkan dengan pelan FC40 dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke bil setiap bulan untuk redCALL.
  10. Data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap adalah terpakai untuk kegunaan domestik hanya dalam rangkaian Malaysia. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).
  11. Dalam bil pertama pelan FC40, himpunan data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang digabungkan oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

    Nama Pelan

    Penggunaan Data
    25% atau kurang

    Penggunaan Data
    26%-50%

    Penggunaan Data
    51%-75%

    Penggunaan Data
    76% atau lebih

    FC40

    RM7.50

    RM15

    RM22.50

    RM30

  12. Sekiranya berlaku penamatan, pengebilan tidak akan diproratakan pada bil terakhir anda. Anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.
  13. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kepada maksimum 6 Mbps tanpa menanggung caj data tambahan apabila penggunaan melebihi 100% daripada data yang digabungkan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.
  14. Kelajuan redDATA dihadkan sehingga 6 Mbps.
  15. Pelan FC40 TIDAK layak untuk tempoh bertenang selama 30 hari.
  16. Permintaan tukar pelan hanya dibenarkan selepas tamat tempoh kontrak selama 3 bulan.


redCALL

  1. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas dikecualikan.
  2. VAS redCALL disertakan dengan pelan Postpaid FC40 dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil.
  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mudah alih lain
    • Semua panggilan domestik ke nombor talian tetap negara
  4. PANGGILAN DIKECUALIKAN daripada panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor istimewa dan premium
    • Panggilan video
    • Panggilan IDD
  5. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  6. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada pelan Postpaid FC40 kepada pelan lain, langganan redCALL akan ditamatkan secara automatik melainkan pelan baharu itu ialah RP8, Amazing28+ atau Data28.
  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK BOLEH:
    • Dijual semula, disewa atau digunakan dengan cara lain kecuali sebagai individu yang membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia
    • Digunakan untuk mengubah hala panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
    • Digunakan untuk menyediakan peranti suis yang boleh memastikan talian terbuka berpotensi selama berjam-jam
    • Digunakan untuk berbilang panggilan serentak dan panggilan persidangan
    • Digunakan untuk pusat panggilan dan telepemasaran
    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh masa yang panjang, pendailan automatik dan komunikasi mesin ke mesin


redDATA

  1. VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data @ 6 Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.
  2. redDATA disertakan dengan pelan Postpaid FC40 dan bukan pilihan.
  3. Data tanpa had boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data.
  4. redDATA hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE Mobile masing-masing untuk penggunaan data semasa merayau dengan rakan kongsi perayauan redONE Mobile di luar negara.
  5. redDATA akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
  6. Data redDATA akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data redDATA yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
  7. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada pelan Postpaid FC40 kepada pelan lain, langganan redDATA akan ditamatkan secara automatik.
  8. Selepas penggunaan 100% kuota redDATA, sebarang penggunaan Internet selanjutnya akan ditolak daripada kuota Tambah Nilai Data yang tersedia atau anda akan melayari pada kelajuan yang dikurangkan.
  9. Kuota data tanpa had dihadkan hanya untuk kegunaan individu Pelanggan dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang atau peranti lain dalam apa jua cara (termasuk kotak SIM atau tempat liputan mudah alih) dan tertakluk pada Dasar Penggunaan Adil redONE Mobile.
  10. Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan ketersediaan serta keupayaan peranti. Kelajuan muat turun dan kapasiti data anda akan berbeza-beza dan mungkin lebih perlahan serta boleh dipengaruhi oleh jarak anda dari menara mudah alih kami, kapasiti menara mudah alih kami, sumber muat turun anda, jenis dan kualiti telefon bimbit anda, trafik Internet umum dan ketersediaan liputan atau disebabkan oleh Dasar Penggunaan Adil. (FUP). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redonemobile.com.my/ms/dasar-penggunaan-adil/
  11. redDATA tidak boleh dipindah milik, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, sama ada kepada mana-mana orang lain, entiti atau mana-mana akaun redONE Postpaid lain.
  12. Kami berhak pada bila-bila masa tanpa bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mengganggu, menghalang, menggantung, menyekat Pelan dan Perkhidmatan untuk masa yang kami fikir patut atau menamatkan, menghentikan atau memutuskan sambungan Pelan dan Perkhidmatan. Jika penggunaan anda:
    • menunjukkan penggunaan yang berlebihan atau meletakkan beban luar biasa pada rangkaian;
    • adalah untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk aktiviti penipuan yang disyaki;
    • tidak mengikut Dasar Penggunaan Adil redONE Mobile (di https://www.redonemobile.com.my/ms/dasar-penggunaan-adil/)

    • adalah untuk tujuan komersial/bukan peribadi.
  13. Promosi ini disediakan mengikut Syarat Perkhidmatan pada Borang Pendaftaran Pascabayar kami. Anda mesti mematuhi terma termasuk perihalan perkhidmatan yang berkaitan, Polisi Penggunaan Adil kami, Polisi Privasi, pelan langganan Pascabayar yang berkaitan dan terma dan syarat tambahan ini (secara kolektif, “Syarat”) yang kesemuanya tersedia www.redonemobile.com.my
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM